Thursday, May 7, 2009

Kejohanan Bowling Piala Datuk Ahmad Zaki


Pada 26/4/09(hari Ahad) yang lalu, Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan Kejohanan Bowling Piala Datuk Ahmad Zaki diantara cawangan-cawangan pemuda dan telah berlangsung di ARL Power Bowl, Alamanda pada jam 9.30 pagi. Syukur alhamdulillah kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan telah berlangsung seperti yang dirancang.

Sebanyak 24 cawangan telah menyertai kejohanan ini dan setiap cawangan dianggotai oleh 4-5 ahli. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Setelah berakhir kejohanan ini, pasukan dari Cawangan Tanjung muncul Johan diikuti Cawangan Orkid pula Naib Johan dan tempat ketiga dimenenangi oleh Cawangan Kekwa.

DAZZ amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh para pemuda dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau berkata, "Insyaallah kita akan adakan lagi pelbagai program/aktiviti demi untuk bersatu padu dan merapatkan lagi hubungan dikalangan pemuda putrajaya...."

lihat gambar selanjutnya