Wednesday, June 3, 2009

Program Amal Mengecat Surau Al-Insanniah




Pemuda UMNO Putrajaya telah mengadakan satu lagi aktiviti kemasyarakatan. Baru-baru ini pada 23/6/2009 Biro Pengaduan Awam & Kebajikan Masyarakat dimana Pengerusinya ialah Sdr.Khairul Hamizu Yusof dan Timbalan Sdr.Shafari Adli Md Sharif telah mengadakan Program Amal Mengecat Surau Al-Insanniah, Caw.Jenjarum di Presint 9. Tujuannya adalah supaya hubungan kemesraan dan amalan tolong-menolong itu bukan saja terjalin dikalangan golongan pemuda sahaja tetapi Pemuda UMNO Putrajaya juga tidak pernah lupa untuk berbakti pada masyarakat setempat. Program yang pada mulanya hendak diadakan secara sederhana ini telah bertukar menjadi satu program yang besar kerana program ini telah mendapat perhatian dan sokongan daripada Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehinggakan beliau sendiri dapat meluangkan masa bagi menjayakannya. Program ini juga telah mendapat liputan daripada pihak media massa dan media cetak yang hadir seperti RTM dan beberapa orang wartawan daripada Akbar News Strait Times(NSTP).
Program yang bermula dari awal pagi dan berakhir pada tengah hari ini telah berjaya memupuk semangat gotong-royong dikalangan penduduk setempat. Ini kerana penduduk yang tinggal di blok ini telah bergotong-royong bukan sahaja untuk mengecat surau tersebut malah kaum ibu juga turut sama melibatkan diri dengan menyediakan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari. Tidak ketinggalan juga pada program ini KP Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid, beserta NKP Sdr.Hisamudin Yahaya dan beberapa AJK Pemuda yang lain turut sama mengecat surau ini hingga selesai. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi demi memupuk semangat kejiranan dan bekerjasama antara satu sama lain.