Wednesday, July 29, 2009

Seminar Kecemerlangan Pelajar UPSR 2009

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR 2009...
MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP: YBM.Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
(Ahli Parlimen Putrajaya)

Tarikh : 8 & 9 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 am - 5.30 pm
Tempat : Auditorium Parcel E, Putrajaya
Pakar Motivasi : Dr.Ismail Zain
Pengisian : Strategi menjawab peperiksaan dengan berkesan & motivasi diri
Yuran : Hanya serendah RM30 sahaja.(Terhad untuk 250 pelajar tahun 6 yang
mendaftar awal)
Tarikh Tutup : Sila lengkapkan borang dan hantar selewat-lewatnya pada 1 Ogos 09. (Borang boleh diperolehi dengan menghubungi penama dibawah)

*Makanan turut disediakan (Pagi, Tengah hari,Petang)
*Sijil Penyertaan turut disediakan

Sila Hubungi : Sdr Hisham(012-6186019) atau AJK Pemuda Ptjy(sila rujuk senarai AJK)
Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya(03-88885761)

Thursday, July 16, 2009

Majlis Pelancaran Putera Putrajaya








“Hiduuup Melayu…Hiduuup Melayu…Hidup Melayuu..!!!!” Itulah kata-kata keramat yang diungkapkan oleh anak-anak muda Putera Putrajaya yang menggegarkan Dewan Utama Kompleks Kejiranan P16 baru-baru ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada Biro Putera UMNO Putrajaya(Putera Putrajaya) atas kejayaan pada Majlis Pelancaran Biro Putera Putrajaya pada 28 Jun 2009. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Putera UMNO Msia, Sdr Megat Zulkarnain Omardin itu dan disaksikan oleh UMNO Bahagian Putrajaya, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian Putrajaya itu mendapat sambutan di luar dugaan para tetamu yang hadir. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu bagaimanapun terpaksa ditukar pada saat akhir kerana terpaksa berada di Pilihanraya Kecil di Manik Urai. Boleh dikatakan hasil kerja keras, usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda dari Putrajaya ini mereka berjaya berkumpul pada malam itu hampir lebih kurang 250 orang. Majlis pada malam itu, diserikan oleh pertunjukan silat, penyampaian sajak oleh Sdr.Shapiq serta simbolik perasmian pada malam itu ialah deruman enjin motosikal Sdr.Mail di atas pentas dan diikuti dengan Ketua Putera UMNO M'sia menampal pelekat Putera Putrajaya pada motosikal terbabit selepas paluan gong sebanyak tiga kali. Untuk pengetahuan semua, Sdr.Mail pada malam itu telah memakai helmet bernilai hampir RM2000 hanya semata-mata untuk majlis ini. Bermula dari persiapan awal, penyediaan dewan, aturcara dan persembahan sehinggalah penutup semuanya adalah hasil kerja dan idea anak-anak muda dari Putera Putrajaya ini. Mereka semua telah bersatu padu dan bersatu hati dan telah berjaya membuktikan pada semua walaupun mereka ini masih muda, tidak berjawatan tinggi dan ada yang masih menuntut di IPT tetapi mereka ini mempunyai kualiti, kelebihan,semangat, komitmen dan keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang ingin dilaksanakan.

Pengerusi Biro ini, Sdr.Mohd Zushaidey Zulkifli atau lebih sinonim dengan panggilan Zach telah memberi kepercayaan penuh kepada AJK-AJK dan wakil-wakil putera di setiap cawangan dalam memberi idea mengikut cita rasa dan kehendak mereka dalam merencanakan majlis pada malam itu. Beliau berkata ”Saya menganggap mereka ini semua seperti adik-adik dan teman rapat saya. Kami semua akan duduk seperti dalam satu keluarga besar. Ada yang tinggal dari Precint 16, Precint 8, Precint 9, Precint 11, dan beberapa precint lain di Putrajaya namun atas satu perjuangan aliff, ba, ta dan demi untuk meneruskan agenda Melayu dan untuk memperkasakan UMNO, kami telah berjanji untuk bersama, satu hati walau apa jua cabaran yang akan kami tempuhi. Inilah sebenarnya tujuan saya untuk menyatukan semua golongan muda ini. Saya akan sentiasa berada di hadapan mereka untuk berjuang. Saya juga ingin menegaskan disini terutama kepada pembangkang di Putrajaya dan kepada anasir-anasir yang cuba untuk meracuni fikiran serta menggangu gugat keluarga kami, saya akan lawan, saya akan tentang habis-habisan. Saya percaya atas perjuangan yang ikhlas, tiada yang lebih berkuasa selain daripada Allah SWT. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KP Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid serta para pegawai dan ajk-ajk yang telah memberi saya peluang dan kepercayaan ini untuk menggerakkan biro ini. Insyaallah sekiranya semua pihak dapat bekerjasama, saya yakin usaha kita dalam memartabatkan ketuanan Melayu ini akan terbela dan matlamat kita untuk menarik minat golongan muda pada parti UMNO akan tercapai ” katanya lagi.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh Putera Putrajaya ini, semoga sayap-sayap lain akan lebih bersemangat. Diharapkan juga pihak-pihak berkenaan akan sudi untuk memberi bantuan lebih-lebih lagi dari segi bantuan kewangan kepada mereka dalam melaksanakan program-program yang akan mereka jalankan kelak. Saya amat percaya mereka ini semua amat mengalu-alukan bantuan terutama daripada Exco-Exco Pemuda Msia yang datangnya dari Putrajaya ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.(Gambar-gambar sila lihat pada galeri)