Wednesday, January 27, 2010

Datuk Ahmad Zaki bersama belia 1Malaysia



Baru-baru ini telah berlangsung satu Kejohanan Futsal Terbuka Belia 1Malaysia anjuran Kelab Belia Komuniti Putrajaya. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 23 Jan – 24 Jan 2010 telah disertai oleh 130 buah pasukan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, penduduk putrajaya dan beberapa daerah berhampiran Putrajaya.

Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat 1Malaysia dikalangan para belia serta berusaha menjadikan para belia ini sebahagian daripada ahli UMNO pada masa akan datang.

Kejohanan ini juga turut mendapat sokongan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansoor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagain Putrajaya, Ybhg.Datuk Hj.Ahmad Zaki Zahid. Datuk Ahmad Zaki turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tuesday, January 19, 2010

Kalimah Allah,Kalimah Suci..


“Kalimah Allah, Kalimah Suci…”

Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya turut melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly yang disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ini kerana perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.

Walaubagaimana pun, saya mohon agar semua pihak bertenang seketika dan hormati kerajaan dalam menyelesaikan isu ini dalam membuat rayuan dan menimbang semula keputusan tersebut. Ini kerana kita tidak mahu ada pihak tertentu seumpama “menangguk di air yang keruh” seterusnya boleh menjejaskan kestabiliti dan keharmonian negara kita ini.

Sebagai umat Islam, kita juga tidak mahu kalimah ini dipersendakan sesuka hati dan dicemarkan serta berjanji akan mempertahankan kesuciannya.