Tuesday, January 19, 2010

Kalimah Allah,Kalimah Suci..


“Kalimah Allah, Kalimah Suci…”

Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya turut melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly yang disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ini kerana perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.

Walaubagaimana pun, saya mohon agar semua pihak bertenang seketika dan hormati kerajaan dalam menyelesaikan isu ini dalam membuat rayuan dan menimbang semula keputusan tersebut. Ini kerana kita tidak mahu ada pihak tertentu seumpama “menangguk di air yang keruh” seterusnya boleh menjejaskan kestabiliti dan keharmonian negara kita ini.

Sebagai umat Islam, kita juga tidak mahu kalimah ini dipersendakan sesuka hati dan dicemarkan serta berjanji akan mempertahankan kesuciannya.