Saturday, February 6, 2010

Latihan Futsal



Bagi menghadapi Kejohanan Bolasepak Anjuran Pemuda UMNO WP yang akan berlangsung dalam bulan Februari 2010 ini, AJK Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya telah mengadakan beberapa sesi latihan agar memastikan stamina mereka semua berada pada tahap yang baik. Maklum sajalah, kebanyakkan mereka ini “agak kerap” bersukan.

Untuk sesi permulaan, mereka telah mengadakan latihan dengan bermain futsal di Kelab Komuniti Cyberjaya. Datuk Zaki juga turut berlatih bersama mereka pada malam tersebut. Apa yang menjadi tanda tanya ialah Datuk KP memakai T-shirt Biru(perhatikan betul-betul dlm gambar tersebut). Adakan beliau telah beralih arah ke Chelsea? Seperti yang kita maklum, beliau merupakan penyokong kuat MU..Tanya Zubir/Amir.Mungkinkah kerana prestasi Chelsea sekarang lebih baik dari MU?Yang menghairankan pula, sejak prestasi Liv semakin malap,semangat PSU kita juga malam tersebut agak suram..Apapun, paparan saya, tafsiran anda..Syabas diucapkan atas inisiatif yang ditunjukkan oleh mereka semua. Majulah sukan, untuk Pemuda..