Tuesday, March 16, 2010

Gotong-royong Perdana








Baru-baru ini keprihatinan Pemuda UMNO Putrajaya bersama masyarakat setempat dapat diterjemahkan melalui Aktiviti Gotong-royong Perdana bersama Persatuan Penduduk Putra Harmoni yang dikenali sebagai Flat Hijau. Dibawah kepimpinan Ybhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya bersama AJK Pemuda, program ini dapat dilaksanakan walaupun hujan turun dengan lebatnya pada pagi tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Harmoni, Tengku Bidin Tengku Jusoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda bahkan turut berbangga apabila program kemasyarakatan seperti ini turut disertai oleh Biro Putera Putrajaya yang terdiri daripada golongan para remaja. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar flat ini demi menjaga tahap kebersihan dan kesihatan penduduk setempat. Kita tidak nafikan kawasan Putrajaya ini mempunyai statistic Demam Denggi yang agak membimbangkan. Oleh itu kerja-kerja pembersihan seperti ini tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan malah masyarakat juga harus peka.

Sekalung tahniah kepada Pemuda UMNO dan Putera Putrajaya atas keprihatinan mereka. Ia juga merupakan sebahagian aktiviti Juara Rakyat seperti mana yang diwarwarkan oleh PM kita.