Saturday, April 24, 2010

Merangka Strategi Untuk Kemenangan BN



Bagi mempastikan kemenangan pada Pilihanraya Kecil Hulu Sgor pada 25 April ini, Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia telah bekerja keras dengan turun ke padang hampir setiap malam bagi membantu calon BN, P.Kamalanthan mencapai kemenangan.

Tanpa mengenal erti penat, ditambah komitmen kerja dan tugas-tugas di pejabat beliau tetap bersemangat membantu kawan-kawan Barisan Nasional yang lain. Pengorbanan sebegini dibuat bagi mempastikan BN mengambil semula Parlimen Hulu Sgor dan secara tidak langsung ianya mematikan perjuangan PKR yang semakin hilang arah.

“Ini adalah amanah yang mesti saya pikul dan laksanakan dengan tanggungjawab. Saya perlu membuat kerja demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Pada saya, selaku Exco Pemuda UMNO Msia, bukanlah tempat untuk mendapat glamour tetapi apa yang penting disini ialah membantu kerajaan yang dipimpin oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil dan menawan semula beberapa negeri yang dipimpin oleh pembangkang pada Pilihanraya Umum akan datang” katanya.

Tambahan beliau “Ini bukanlah masa untuk kita bergaduh sesama sendiri, apatah lagi menunding jari pada orang lain. Amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh para pewakilan pada saya akan saya cuba laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Lihat apa yang berlaku pada Pakatan Rakyat. Satu per satu masalah dalaman berlaku. Hari demi hari ada saja ahli yang keluar parti. Pada saya, ini sebenarnya merupakan satu contoh dan iktibar yang perlu UMNO dan BN hayati. Apabila berlaku penyalahgunaan kuasa, masalah dalaman yang kronik, penyelewengan dan pembohongan ia akan merosakkan dan melemahkan parti dan akhirnya rakyat mula bosan dan jelak” katanya lagi.

Apapun syabas diucapkan pada Datuk Ahmad Zaki dan diharapkan usaha dan kerja keras beliau ini berterusan. Insyaallah, dengan memohon perlindungan pada Allah SWT segala dugaan, cabaran dan tohmahan dapat ditempuhi. Apa yang paling penting ialah kemenangan BN di Hulu Selangor pada kali ini.