Monday, April 12, 2010

Jamuan Bersama Rakyat-PRK Hulu Selangor

Pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010 adalah sebuah pilihan raya kecil yang diadakan ekoran kemaatian penyandang Dr.Zainal Abidin Ahmad yang telah meninggal dunia pada 25 Mac 2010 yang lalu. Ia merangkumi 3 Dun iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. SPR telah menetapkan pada 17 April adalah untuk penamaan calon manakala 25 April tarikh untuk membuat undi.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. Gambar di bawah merupakan salah satu Majlis Jamuan Bersama Rakyat di peti undi yang dijaga oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid baru-baru ini.