Saturday, April 24, 2010

Pendedahan Sebenar PKR(Parti Kelentong Rakyat)




Itulah yang telah dilakukan pada saat-saat akhir sebelum bermulanya tarikh keramat 25hb April ini. Satu lagi pendedahan telah dilakukan sendiri oleh beberapa teman rapat, pembantu peribadi dan rakan kerja Si Pengkianat Negara, DSAI. Pada kali ini bertempat di Taman Bukit Anggerik, Bukit Beruntung, Pentas Pemuda telah memanggil beberapa bekas orang kuat DSAI iaitu Datuk Nalakarrupan, Sdr.Ezam dan beberapa orang lagi yang pernah bersama dengan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Kepada rakan-rakan di luar sana, cuba kita fikir secara rasional mengapa kawan2/teman2 rapat DSAI ini tidak mahu lagi bersama beliau? Secara rasionalnya mereka2 ini bukanlah mempunyai kepentingan politik semata-mata! Tetapi turut serta membuat pendedahan mengenai siapa sebenarnya DSAI ini? Tidak kurang juga ramai ahli2 PKR, baik yang berjawatan tinggi mahupun ahli biasa yang selama ini telah berjuang kononnya untuk mencari keadilah selama hampir tidak kurang lebih 5 tahun turut meninggalkan perjuangan Pakatan Rakyat ini!!

Sebelum ini, pendedahan telah dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Pulau-Pinang, diikuti oleh Doktor Peribadi DSAI, Dr.Halili yang sememangnya sudah masak benar dengan sikap atau perangai si pengkianat ini. Sekarang pula pendedahan dibuat oleh kawan baik beliau sendiri atau tennis partner beliau, Datuk Nalakarupan. Menurutnya, beliau telah mengenali DSAI lebih kurang 30 tahun dan tidak dinafikan hubungan kami memang akrab. Saya juga turut dipenjarakan selama setahun suatu ketika dulu. Ini kerana hanya untuk membela DSAI. Tetapi lama kelamaan, saya lihat perubahan DSAI terserlah. Beliau semakin rakus, tamak, dan juga turut merancang untuk menggangu-gugat keharmonian negara kita. Inilah yang mengecewakan saya. Beliau memang seorang pemimpin yang keras kepala, tidak mahu menerima pandangan orang lain.”katanya.

Suasana malam itu juga turut dihangatkan lagi tentang pendedahan sebenar oleh pembantu peribadi beliau, Sdr.Ezam. Beliau menceritakan bagaimana DSAI boleh menyokong dan bersetongkol dengan seorang bekas Menteri Pertahanan Amerika Syarikat di zaman Bush yang menindas dan membunuh orang2 Islam di Iraq dan Afganistan.

Kemuncak Pentas Pemuda pada malam itu ialah apabila Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Msia, YB Khairy Jamaludin menyampaikan ucapan beliau dengan penuh semangat demi mengukuhkan lagi hujah-hujah tentang betapa lemahnya Pakatan Rakyat ketika ini. Beliau menyeru kepada semua pengundi supaya berfikir secara rasional pada hari mengundi, ingat apa yang telah berlaku pada pentadbiran serta masalah dalam Pakatan rakyat. Beliau juga merayu supaya pengundi-pengundi dapat mempastikan kemenangan berpihak kepada Calon Barisan Nasional.