Thursday, April 29, 2010

Putera & Pemuda UMNO Putrajaya turun "berperang "








Putera & Pemuda UMNO Putrajaya turun ‘ berperang ’

Seramai hampir 50 orang jentera terdiri daripada Putera dan Pemuda UMNO dari Bahagian Putrajaya bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagaian Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki juga merangkap Exco Pemuda UMNO Msia telah bersedia untuk ‘berperang’ dengan Pakatan Pembangkang pada pilihanraya kecil P.94 Hulu Selangor baru-baru ini.

Berbekalkan semangat yang membara, seawal 6.00 pagi lagi mereka telah berkumpul beramai-ramai untuk tiba awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu iaitu peti undi yang dijaga oleh Datuk Ahmad Zaki bersama Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Akhirnya terbuktilah sudah bahawa BN telah berjaya menawan semula Hulu Selangor dan ini mencerminkan bahawa rakyat sebenarnya sudah mula berasa mual dan menolak budaya kempen pembangkang yang suka menabur fitnah.

Jelas Datuk Zaki “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua yang sanggup hadir dan membantu saya disini. Mereka sanggup datang ke mari daripada pagi sampailah ke petang demi membantu BN. Dengan jentera kita yang kuat seperti ini ia merupkan satu suntikan moral kepada rakan-rakan kita yang lain bagi menghadapi parti pembangkang. Saya juga berpendapat ini merupakan satu pendedahan dan pengalaman yang amat berguna bagi anak-anak muda seperti mereka dan lebih bermakna lagi apabila kita memperoleh kemenangan pada kali ini. Syabas dan tahniah buat semua” katanya lagi.

(Gambar disekitar hari mengundi)