Tuesday, June 8, 2010

Menyambut Kepulangan wira


Kepulangan 12 orang aktivis sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel jahanam sewaktu menaiki Kapal Mavi Marmara yang sedang menuju ke Gaza disambut bagaikan wira oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bersama beberapa NGO termasuklah Aman Malaysia(Peace Malaysia).

Hampir 40 orang Putera Putrajaya yang diketuai oleh Sdr.Zach bersama wakil Aman Malaysia, Sdr. Hasbollah dan Sdr.Hardi tiba di Kompleks Bunga Raya pada jam 6.00 pagi untuk menyambut wira-wira tersebut. Pengerusi Aman Msia, Datuk Zaki tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa berada di luar negara atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Insiden ini sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran bagi seluruh negara mengenai kekejaman Rejim Israel tersebut.

Apa yang berlaku terhadap mereka tentu sekali menyayat hati dan akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman Rejim Zionis ini terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.