Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Imarah Ramadhan 2010










Pada 28/8/2010 yang lalu, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Imarah Ramadhan anjuran 3 sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya. Majlis ini telah diadakan di Surau Az-Zakirin Putra Damai Presint 11.

Majlis anjuran bersama ini telah diadakan buat julung kalinya sempena bulan ramadhan yang mulia ini bagi meraikan anak-anak yatim dari setiap cawangan UMNO di Putrajaya bersama anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih, Puchong dan juga bagi merapatkan lagi hubungan diantara penduduk-penduduk Putra Damai Presint 11. Majlis turut berasa amat bertuah kerana ahli Parlimen Putrajaya YBM.Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat hadir meluangkan masa bagi meraikan majlis ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak kerana telah bertungkus lumus, memberi komitmen dan kerjasama tanpa berbelah bahagi bagi menjayakan program ini.

Ucapan tahniah juga buat ketiga-tiga sayap atas kerjasama menjayakan program seperti ini. Ianya diharap akan diteruskan lagi bagi program-program lain pada masa akan datang. Inilah sikap yang harus dipuji seperti kata pepatah Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.. Mudah-mudahan, kita semua mendapat petunjuk dan hidayah di bulan yang mulia ini.