Thursday, September 9, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Restoran Enak, KL






Sebelum berakhirnya bulan ramadhan yang mulia ini, pada 5/9(Ahad) bertempat di Restoran Enak, Kuala Lumpur sekali lagi telah diadakan Majlis Berbuka Puasa diantara AJK Pemuda UMNO Putrajaya. Kesemua mereka bertolak dari Kelab Tasik sekitar jam 6.00 pm dan tiba sebelum waktu berbuka. Alhamdulillah, menu sajian masakan Melayu yang disajikan kepada kami semua amat sedap dan sangat memuaskan.

Sebelum majlis bersurai, kesemua mereka juga turut menerima duit raya daripada KP, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu meringankan beban mereka semua. Salah seorang AJK Pemuda, Sdr Nasru dengan penuh gembira dan amat berbesar hati atas sumbangan yang diterima daripada KP UMNO Ptjy, Datuk Ahmad Zaki. Ujar beliau “ Saya amat berterima kasih atas segala pemberian ini. Bersyukur mendapat seorang ketua yang amat prihatin dan bermurah hati”.

Dikesempatan ini juga Datuk Ahmad Zaki sekeluarga mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua”….

Monday, September 6, 2010

Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan Indonesia 2010

Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan Indonesia 2010

Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan yang membaling najis ke perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan memijak Jalur Gemilang dalam satu demonstrasi di luar kedutaan Malaysia.

Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata tindakan melampau ini dilakukan hanya segelintir pihak dan tidak mewakili pendirian rakyat Indonesia terhadap Malaysia secara keseluruhan dan insiden ini dianggap telah merendahkan kedaulatan negara dan satu perbuatan yang amat jijik. Oleh itu satu Memorandum Bantahan telah dihantar secara aman kepada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia kepada pemerintah Indonesia berhubung kejadian tersebut.

Dalam satu kejadian di Jakarta baru-baru ini, penunjuk-penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demonkrasi Rakyat (BENDERA) dipercayai telah melemparkan najis manusia ke dalam pekarangan Kedutaan Malaysia. Mereka dipercayai bertindak sedemikian untuk menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia yang didakwa mereka kononnya telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos 2010 lalu apabila polis Malaysia menahan 3 pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikan Indonesia.