Tuesday, December 21, 2010

JOM peringkat Negeri Melaka

Pada 21/12/2010, walaupun sibuk dengan urusan di pejabat, namun Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia Datuk Ahmad Zaki Zahid sempat juga meluangkan masa dalam majlis pelancaran JOM peringkat negeri Melaka di Kg.Semabok Dalam, Kota Melaka pada hari ini.

Datuk Zaki berkata program itu merupakan salah satu usaha Pemuda BN untuk menawan hati generasi muda bagi memastikan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sunday, December 19, 2010

Mampukah Melayu Mengekalkan Kuasa





Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya bersama Gerak Harmoni telah menganjurkan satu forum bertajuk “Mampukah Melayu Mengekalkan Kuasa”. Forum ini bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya kepada orang Melayu betapa pentingnya untuk kita semua bersatu padu antara satu sama lain dan secara tidak langsung juga telah memberi pengetahuan mengenai hak-hak orang Melayu yang perlu dipertahankan.

Ini memberi gambaran kepada semua bahawa orang Melayu khususnya tidak harus selesa dan leka dengan apa yang ada pada hari ini sebaliknya harus berusaha dan bekerja keras untuk menjadi bangsa yang disegani dan dihormati. (maaf, visual gambar kurang memuaskan)

Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional ke 13




Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid telah dijemput oleh MCA dalam satu program diskusi yang bertajuk “Youth’s Role In Successing National Transformation”. Program yang telah diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara Chenderian, Tapah Perak ini telah dihadiri oleh para penuntut(Institut Pengajian Tinggi Awam) dari seluruh negeri.

Diskusi ini memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai beberapa transformasi yang telah dibuat oleh pihak kerajaan khususnya demi memajukan negara dan menaik taraf hidup rakyat Malaysia.

Hari Keluarga Parlimen Putrajaya








Pada 4/12/2010 yang lalu, telah diadakan Hari Keluarga anjuran ahli Parlimen Putrajaya bertempat di Stadium Pancarona Presint 18, Putrajaya. Program yang bermula dari awal pagi sehingga ke petang itu bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara para penduduk di Putrajaya dengan Ahli Parlimen Putrajaya, YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Selain itu, perlawanan akhir Bola Sepak Piala Ahli Parlimen turut diadakan pada hari tersebut.

Bagi memeriahkan lagi program, cabutan bertuah turut diberikan kepada para pengunjung yang bertuah. Hadiah-hadiah cukup lumayan. Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Ybhg.Datuk Ahmad Zaki mengucapkan tahniah kepada pemenang dan juga kepada ajk yang telah menjayakan program ini.

(gambar sekitar hari keluarga)