Sunday, November 6, 2011

Majlis Korban 2011









Majlis Korban Ahli Parlimen Putrajaya.

Alhamdullilah rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT, ahli parlimen Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah bermurah hati memberi hampir 42 ekor lembu untuk dikorbankan dan seterusnya memberi sedekah kepada penduduk2 disekitar kawasan Putrajaya.

Ini merupakan antara acara tahunan yang dilakukan oleh beliau demi menjaga kebajikan rakyatnya. Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki. Mudah2an ibadah korban ini mendapat keberkatan dari yg maha Esa.

Monday, October 24, 2011

Monday, August 22, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Sumbangan Ramadhan 2011 Siri 2







Sumbangan Ramadhan Siri 2.

Satu Majlis Amal bagi meraikan kanank-kanan pendidikan khas dan OKU telah dianjurkan secara bersama oleh Pemuda UMNO Putrajaya bersama Puteri UMNO Putrajaya.

Majlis diadakan di Medan Selera Presint 8 Putrajaya telah menjemput Ahli Parlimen Putrajaya YB.Datuk Seri Tengku Adnan untuk menyampaikan bantuan kepada para peserta.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki dan Pemangku Ketua Puteri UMNO Putrajaya Pn.Husna di atas majlis yang telah diadakan ini.

Untuk makluman semua, YB.Datuk Seri Tengku Adnan telah bermurah hati untuk menaja penduduk-penduduk di Putrajaya sepanjang bulan ramadhan ini khususnya berbuka puasa di Medan Selera tersebut. Jom kita datang beramai-ramai untuk makan PERCUMA!!

Monday, August 15, 2011

Sumbangan Ramadhan 2011 Siri 1










Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, KP UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama AJK Pemuda, KPC dan beberapa rakan yang lain telah mengadakan lawatan ke rumah dan menyampaikan sedikit bantuan serta keperluan kepada mereka-mereka yang memerlukan...Amin.

Monday, August 8, 2011

PAS dan PKR hilang pedoman agama demi politik?

Sebelum ini pun Dr Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini dan KINI isu agama pula dipergunakan oleh rakan2 seperjuangan mereka utk mengkafirkan umat Islam..apa sudah jadi?

PAS pusat melalui Hadi Awang berkata mereka mahu berjumpa sendiri dengan JAIS dan beberapa pihak yg terbabit.

PKR melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melahirkan rasa kesal tentang insiden JAIS menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya...

Apa sudah jadi ?

Monday, July 4, 2011

Konvensyen Barisan National 2011



(maaf qualiti gambar kurang memuaskan)

Friday, July 1, 2011

Perjuangan Ke Gaza











Tarikh 26/6/2011 merupakan antara tarikh yang bersejarah buat Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki dimana beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam misi untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestine.
Misi Flotilla II ini telah disertai oleh 10 orang daripada rakyat Malaysia yang diketuai oleh Sdr.Noorazman. Turut serta dalam misi kali ini juga ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Msia YB.Khairy Jamaluddin.
Seramai hampir 20 orang yang terdiri daripada Pemuda dan Putera Putrajaya tidak termasuk keluarga serta sahabat handai telah mengiringi Datuk Zaki ke KLIA. Rombongan telah berkumpul di Kelab Tasik seawal jam 730am seterusnya menuju ke Lapangan Terbang KLIA.
Pejuang-pejuang dari Malaysia ini menaiki pesawat pada jam 10.55am seterusnya menuju ke Athens, Greece untuk menaiki kapal menuju ke Gaza.
Seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya misi ini berjaya dan selamat..Amin.
(gambar kenangan bersama keluarga dan sahabat handai)

Solat Hajat Misi Flotilla II





Bagi mendapat perlindungan daripada Allah SWT dalam menjayakan misi Flotilla II, Pergerakan Pemuda UMNO Msia telah menganjurkan Solat Hajat di Surau PWTC. Majlis ini diadakan beberapa hari sebelum YB.Khairy Jamaluddin(KJ) dan Datuk Zaki berangkat ke GAZA.
Mudah-mudahan perjuangan kalian ini direstui dan mendapat perlindunganNya.
Amin...