Saturday, May 7, 2011

Pemerhati Negeri Persidangan Pemuda UMNO Bah.Bdr.Tun Razak 2011








Tahniah buat seluruh Pemuda UMNO Bah.Bdr.Tun Razak kerana baru-baru ini telah pun berjaya mengadakan persidangan mereka. YB Dato Razali selaku NKP Malaysia telah hadir bagi merasmikan persidangan ini. KP Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia, Datuk Zaki telah dipertanggungjawabkan sebagai Wakil Pemerhati Pemuda Negeri. Terima kasih buat rombongan Pemuda UMNO Putrajaya yang hadir sehingga selesai persidangan pada malam itu.

Santai bersama Menteri Belia dan Sukan





Program Motivasi Politik


















Baru-baru ini Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah mengadakan satu kursus kepimpinan politik kepada AJK,KPC,NKP,PSU Pemuda cawangan dan beberapa pelapis Putera. Idea baru dan sedikit kelainan yang dibuat oleh KP Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid pada kali ini ternyata berhasil dan dapat dimanfaatkan oleh kesemua peserta.

Kesemua peserta berkumpul di KL Sentral pada jam 7.15pm dan seterusnya bertolak menaiki Keretapi Tanah Melayu(KTM) pada jam 9.00pm menuju ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai, Thailand. Selama lebih kurang 15 jam perjalanan, para peserta bukan sahaja dapat merasai suatu pengalaman baru di dalam keretapai malah beberapa slot motivasi turut diadakan di dalam ‘event coach’ tersebut. Selain itu, bagi memecah suasana malam sepanjang perjalanan tersebut, penganjur turut mengadakan pertandingan karaoke untuk para peserta.

Setibanya di Padang Besar pada jam 9.00am, proses menguruskan passport dan sebagainya akhirnya rombongan para peserta selamat sampai di Hatyai, Thailand pada jam 11am waktu tempatan.

Inilah antara idea-idea segar yang dibawa oleh Datuk Zaki sebelum beliau menamatkan era pemuda beliau. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya program ini hampir tidak berjaya kerana cuba disabotaj oleh pihak-pihak yang sentiasa mempunyai hasad dengki pada institusi Pemuda UMNO Putrajaya, tetapi dengan izin dan kuasa Allah akhirnya program ini berjalan juga. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini bolehlah digelar sebagai ‘virus’ yang sentiasa cuba memporak-perandakan institusi Pemuda. Sepatutnya ‘virus’ ini harus sedar bahawa ini adalah usaha untuk memperkuatkan lagi jentera pilihanraya. Jadi ubahlah sikap anda, janganlah bermuka-muka. Kami semua akan sentiasa berdiri kukuh dibelakang KP bagi mempertahankan institusi Pemuda UMNO Putrajaya khususnya…

Terima kasih daun keladi Datuk Zaki, ada peluang sila anjurkan lagi.