Tuesday, June 14, 2011

Wacana bersama PEMBANGKANG






Tahniah kepada Pemuda UMNO Putrajaya khususnya Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO Msia yang telah sudi datang dan turun padang bertemu masyarakat dan penyokong tegar pembangkang baru-baru ini di Hotel Citrus Jln Raja Laut(berdekatan dgn Pej PAS). Wacana yang diadakan ini adalah untuk membincangkan beberapa isu semasa. Wacana dijangka dihadiri oleh 300 peserta, hanya di hadiri oleh 35 orang peserta dan setengah darinya adalah peserta dari Pemuda UMNO Putrajaya.
Dr Zuhdi Marjuki memberi pujian kepada Ketua Pemuda UMNO Putrajaya dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana berani turun berhadapan dengan penyokong PAS. Panelis wacana terdiri dari Dr Zuhdi Marjuki mewakili PAS , Datuk Ahmad Zaki mewakili Pemuda Putrajaya dan Sdr Rafizi Ramli mewakili PKR. Majlis yang diadakan pada 12 jun ini bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari. Tajuk yang di perbincangkan adalah: Kenaikan harga barang dan penyelarasan subsidi di manakah kewajarannya.