Monday, July 4, 2011

Konvensyen Barisan National 2011



(maaf qualiti gambar kurang memuaskan)

Friday, July 1, 2011

Perjuangan Ke Gaza











Tarikh 26/6/2011 merupakan antara tarikh yang bersejarah buat Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki dimana beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam misi untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestine.
Misi Flotilla II ini telah disertai oleh 10 orang daripada rakyat Malaysia yang diketuai oleh Sdr.Noorazman. Turut serta dalam misi kali ini juga ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Msia YB.Khairy Jamaluddin.
Seramai hampir 20 orang yang terdiri daripada Pemuda dan Putera Putrajaya tidak termasuk keluarga serta sahabat handai telah mengiringi Datuk Zaki ke KLIA. Rombongan telah berkumpul di Kelab Tasik seawal jam 730am seterusnya menuju ke Lapangan Terbang KLIA.
Pejuang-pejuang dari Malaysia ini menaiki pesawat pada jam 10.55am seterusnya menuju ke Athens, Greece untuk menaiki kapal menuju ke Gaza.
Seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya misi ini berjaya dan selamat..Amin.
(gambar kenangan bersama keluarga dan sahabat handai)

Solat Hajat Misi Flotilla II





Bagi mendapat perlindungan daripada Allah SWT dalam menjayakan misi Flotilla II, Pergerakan Pemuda UMNO Msia telah menganjurkan Solat Hajat di Surau PWTC. Majlis ini diadakan beberapa hari sebelum YB.Khairy Jamaluddin(KJ) dan Datuk Zaki berangkat ke GAZA.
Mudah-mudahan perjuangan kalian ini direstui dan mendapat perlindunganNya.
Amin...

Pelancaran Misi Flotilla II ke GAZA oleh PM