Friday, September 21, 2012

Perhimpunan Aman Membela Islam

"We respect you, you respect us....!"
Itulah amaran keras yang dilaungkan oleh para pejuang Islam yang hadir di Demo Bantahan Aman Anjuran Pemuda UMNO Malaysia bersama NGO-NGO lain..Turut kelihatan memberi ucapan selain YB KJ, ialah D.Hasan Ali, D.Ibrahim Ali, YB Razali, dan juga Sdr.Lokman Adam..

Hampir 5 Ribu umat Islam dan pelbagai bangsa menghadiri perhimpunan aman ini yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.  Turut mendapat amaran keras ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang secara sinis mengutuk dan mempermaikan niat murni mereka untuk mengadakan demonstrasi aman ini.  Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Semoga Allah merestui perhimpunan ini.