Tuesday, October 30, 2012

Kamera AES Ubah Sikap Pengguna Jln Raya Agar Patuh Pada Peraturan


Berfikir secara positif tentang pemasangan Kamera AES


PEMASANGAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengawal tingkah laku dan pemanduan melebihi had laju dalam kalangan pengguna jalan raya tiba-tiba menimbulkan polemik.
Ia menjadi kontroversi apabila ada pihak beranggapan sistem itu menyebabkan rakyat terbeban dengan belenggu saman. Lebih hangat apabila isu ini telah dijadikan modal kempen politik yang mungkin tidak menyelesaikan isu kemalangan jalan raya itu sendiri.
Tidak dapat dipastikan sama ada kamera ini yang bermasalah atau kita mempunyai persepsi salah terhadap budaya selamat di jalan raya.
Cuba fikirkan, mengapa ketika kita memandu di negara lain yang ketat peraturan lalu lintas, kita boleh mematuhi peraturan yang dikenakan, tetapi kita seolah-olahnya tidak dapat menerimanya di negara kita sendiri.
Benarlah, sistem AES akan menyebabkan lebih ramai pengguna yang akan disaman, khususnya apabila ada yang memandu dengan kelajuan melebihi had yang dibenarkan.
Ia mungkin menyebabkan sebahagian pengguna jalan raya, khususnya mereka yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan sistem ini

Akibat tidak mematuhi peraturan jalan raya



Bagaimanapun, kita mungkin perlu juga melihat kepada beban lain yang mungkin tidak disedari. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dalam kajiannya merekodkan bahawa terdapat lebih 400,000 kes kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2010.
Pada tahun yang sama, dilaporkan sebanyak 6,872 kes kematian kerana kemalangan jalan raya.
Kes kemalangan jalan raya semasa pergi dan pulang daripada kerja juga nampaknya meningkat. Daripada lebih kurang 17,000 kes pada tahun 2001, ia mencecah lebih 22,000 kes pada tahun 2010.
Impak daripada kemalangan jalan raya ini mungkin bukan sedikit. Ia memberi kesan kepada individu, keluarga dan negara. Akibat kemalangan, ada yang mungkin berubah daripada manusia normal kepada individu kelainan upaya.
Kesulitan hidup
Ini akan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Ada pula yang mungkin meninggalkan balu dan anak yatim di rumah sekali gus berdepan pula dengan kesulitan hidup yang lain.
Semua ini sebenarnya antara kesulitan yang terpaksa dihadapi hanya kerana kecuaian memandu di jalan raya.
Dalam kebanyakan kes kemalangan jalan raya, ia sebenarnya bermula dengan sikap manusia itu sendiri. Kemalangan berlaku kerana ada segelintir pengguna yang tidak mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan tidak bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain.
Sikap buruk yang ada pada segelintir individu ini akan menyebabkan orang lain turut menjadi mangsanya.
Pemasangan kamera AES tidak menyelesaikan semua masalah kemalangan di jalan raya. Tidak semestinya juga memandu laju itu satu-satunya sebab kemalangan di jalan raya.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, ia sedikit sebanyak membantu kita mengubah sikap pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan.
Untuk permulaan, ia mungkin sedikit 'mengganggu' kehidupan kita yang biasanya mungkin memandu tanpa mengikut peraturan. Namun, untuk jangka masa panjang, ia mungkin membantu mewujudkan persepsi baharu kita terhadap budaya selamat di jalan raya.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa hanya ada satu cara untuk menghidupkan budaya selamat ini. Ia mesti bermula dengan polisi dan penguatkuasaan.
Di kebanyakan negara maju misalnya di Australia, pemasangan kamera AES ini bukanlah merupakan isu yang besar. Kita akan melihat begitu banyak kamera yang dipasang, bukan sahaja di lebuh raya, malah di kebanyakan lampu isyarat di tengah bandar.
Walau bagaimanapun, kamera ini bukan masalah yang besar kepada masyarakat yang mengutamakan peraturan dan keselamatan jalan raya.

Menegur pengguna

Malah, orang awam sendiri boleh melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pemandu yang melakukan kesalahan, misalnya tidak memakai tali pinggang keledar atau memandu secara cuai. Orang awam juga boleh menegur pengguna yang lain sekiranya ada yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Negara-negara maju ini melaksanakan undang-undang yang jauh lebih ketat daripada apa yang cuba kita terapkan.
Tidak hanya had kelajuan maksimum, bahkan kenderaan tidak boleh diparkir sesuka hati. Kereta yang diparkir di tepi jalan tidak boleh menghadap arah yang bertentangan dengan arah jalan.
Ada kawasan-kawasan tertentu, kenderaan hanya boleh diparkir tidak lebih daripada 15 minit. Itu belum termasuk udang-undang yang menghalang merokok di dalam kenderaan sekiranya ada kanak-kanak bersama di dalamnya.
Bagaimanapun, budaya selamat dan berhemah ini belum lagi muncul dalam budaya kita. Tatkala orang lain berlumba-lumba untuk memastikan masyarakatnya mematuhi peraturan di jalan raya, kita pula masih berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang paling hebat di jalan raya dengan memandu secara laju dan membahayakan.
Persepsi salah kita terhadap budaya selamat itulah sebenarnya menjadi punca mengapa ada pihak yang tidak mampu menerima pelaksanaan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berwajib.
Satu-satunya cara untuk kita semua mengelakkan disaman ialah mematuhi peraturan jalan raya.  Diharap, kita semua harus berfikiran positif tentang kamera ini cuma mungkin cara pelaksanaannya harus diperbaiki.



Rakyat Malaysia, Anak Ini Perlukan Sumbangan Seikhlas Anda Untuk Rawatan Jantung Berlubang


Tenang Muhammad Nursyamir Iqbal Bin Mohd Najib 
walaupun mengidap Jantung Berlubang.

Melihat pada wajah kanak-kanak ini seolah-olah tiada penderitaan yang dialaminya. Pada hakikatnya kanak-kanak ini mengalami komplikasi Jantung Berlubang dan Injap Jantung tersumbat yang boleh menganggu sistem pernafasan.

Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.

“Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar.”Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman  36),  mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.  
Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224


Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531

P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.






Monday, October 29, 2012

UMNO Bah.Bandar Tun Razak Terus Disabotaj

Kesian betol UMNO Bandar Tun Razak, KL ni. Sudah beberapa kali disabotaj, baik dari segi kerja-kerja usahasama dengan penduduk, kain rentang, sepanduk dan juga harta benda milik UMNO.
Kali ini yang menjadi mangsa, van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak.
Mungkin van ini banyak jasanya kepada penduduk sekitar Bandar Tun Razak sehingga dicemburui oleh si pelaku.
Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut.


Tidak memeranjatkan hari ini UMNO disabotaj begitu teruk di Bandar Tun Razak kerana parti ini sangat disenangi oleh rakyat di bahagian ini dan jika hendak dibandingkan dengan parti yang mendominasi kawasan Parlimen 124 ini, sememangnya seperti jauh panggang dari api.

Saturday, October 27, 2012

Korban Perdana Ahli Parlimen Putrajaya 2012

Sumbangan lembu-lembu oleh ahli Parlimen Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk seluruh rakyat Putrajaya dan kawasan berhampiran. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar sehingga selesai.
Ahli Parlimen bersama rakyat menyembelih lembu   
Tengku Adnan dan isteri turun padang

KP & NKP sedang membahagikan daging korban
Pemuda harapan bangsa menyumbang tenaga
 

Thursday, October 25, 2012

@Khalid_Ibrahim Semakin Bodoh Sombong Lagi.

Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapis air membran adalah tidak praktikal kerana ia tidak dapat menambah bekalan air malah melibatkan kos yang lebih tinggi

Merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3 bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

MB Selangor yang semakin keliru
Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.
Penulis berpendapat, Ini soal hidup dan mati, soal keperluan asas manusia di Selangor yang tidak boleh dipolitikkan.  Semua kebimbangan ini berdasarkan fakta hasil kajian pakar. Saya tidak faham apa perlunya teknologi mambran ini... ia bukan penyelesaian wahai YB!  Terima sahajalah cadangan pihak Kerajaan Persekutuan ...