Thursday, October 11, 2012

Sampai Bila Umat Islam Harus Tunduk Kepada DAP?



Antara pemimpin PAS yg kerap mengecam DAP demi Islam

Kenyataan terbaru bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharauddin Mat Isa yang mendedahkan DAP pernah mengadakan satu majlis doa supaya“Malaysia menjadi negara Kristian” di Sarawak telah telah mencetuskan pelbagai persoalan dikalangan banyak pihak terutamanya orang Islam.  Ini kerana semua sedia maklum PAS dan juga Keadilan merupakan sekutu DAP dalam pakatan.
Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat iaitu Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini lantas mengumumkan memutuskan hubungan dengan Nasha atas kelantangannya.
Begitu juga dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) yang menemplak Nasha sebagai jurucakap UMNO yang berada dalam Pakatan Rakyat‘.
Nasha dalam kenyataannya petang semalam, mengingatkan PAS agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
D.Hassan Ali dipecat kerana menegakkan hukum Islam

Beliau berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.  Timbul persoalan:
A.   Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 5 atau 10 tahun lagi?  Adakah umat Islam tergelincir?

B.   Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa politik? 

C.   Sampai bila umat Islam harus tunduk kepada DAP?