Tuesday, October 23, 2012

SHEB Anjur BL1M Untuk Rakyat



Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Msia yang dipengerusikan oleh Tengku Azman itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.



Program ini merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.


Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.
Para belia mendapat manfaat