Monday, November 5, 2012

Utusan Pemuda UMNO Bah.Bandar Tun Razak Mula Edar Borang BRIM 2.0 @rizalmanmokhtar @Khairykj @NajibRazak

Lebih 2000 borang BRIM 2.0 telah dikeluarkan oleh mereka dalam usaha untuk membantu, mempermudahkan dan memberi galakkan terutama golongan muda atau penerima baru berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan/gaji RM2000 ke bawah. Initiatif ini dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar malam.


Utusan Pemuda merupakan unit penggerak yg diwujudkan di setiap bahagian UMNO bg tujuan hebahan input2 @ informasi supaya rakyat lebih faham dgn program2 yang Kerajaan wujud dan laksanakan demi untuk rakyat Malaysia.  Menurut Pengerusi program, Datuk Rizalman Mokhtar selaku Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO WP,

"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yg Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat utk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut.

Kita terperanjat apabila mendapati ada dikalangan kumpulan sasaran BRIM 2.0 tidak mengetahui akan skim bantuan ini diadakan untuk mereka. Degan adanya Utusan Pemuda, kita telah membantu menerangkan sedikit sebanyak mengenai BRIM 2.0 ini." katanya.