Thursday, December 20, 2012

Amanat Hadi Awang-"UMNO Kafir, Tapi @n_izzah & DAP Islam Sebenar".#tolakPR


Ulama mahupun mufti sepatutnya disegani dan dihormati tetapi tindak tanduk mereka bergelar ulama dalam PAS semakin mengelirukan. Sudah macam-macam isu berkaitan Islam cuba ditonjolkan parti itu tetapi akhirnya tunduk pada tekanan DAP tetapi ulama dalam PAS jarang buka mulut.

Kesudahannya ada yang melihat ulama PAS juga terpaksa ikut parti untuk jaga hati DAP dan bukannya pertahan kepentingan agama.

Namun, pelik pula ulama PAS sanggup menyelar mufti-mufti yang membuat teguran ikhlas terhadap pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Apakah teguran untuk kebaikan satu kesalahan pada pendapat ulama PAS khususnya Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib apabila mengecam dua mufti yang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik semula amanat pada 1981 yang mendakwa UMNO kafir?

Sepatutnya Harun menerima teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanat yang dikeluarkan lebih tiga dekad
lalu.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada UMNO sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Malah, beliau mahu Hadi kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Amanat Haji Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

Malangnya, Harun dengan lantang meminta mufti-mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik.

Katanya, Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya.

Inilah wajah sebenar ulama dalam PAS.

Mereka tidak boleh disentuh atau ditegur malah keterlaluan meminta mufti tutup mulut padahal Harussani sudah menjelaskan, isu itu tiada kaitan dengan politik.

Sewajarnya Harun menilai apa dikatakan dua mufti itu dan kemudian berbincang dengan Hadi sebelum membuat kenyataan meminta mufti jangan campur tangan dan tutup mulut.

Islam sendiri mengalakkan umatnya bersikap sederhana, saling menghormati dan tegur menegur dan tidak salah jika Harun menasihatkan Hadi meminta maaf atau menarik balik Amanat Haji Hadi.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.

“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa PAS menuduh UMNO berpaling dari agama Islam.

“Mereka (Pas) menuduh UMNO kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya.

Apa dikhuatiri selepas ini, panggilan ulama atau ‘ular dalam semak’ kepada ulama PAS berterusan dan sekaligus akan merendahkan martabat ulama-ulama lain.