Tuesday, December 11, 2012

Berita Baik Kepada Anda Yang Bankrap/Muflis@umbkl@sohaimishahadan


Jalan penyelesaian kepada anda yang bankrap atau muflis sedang diusahakan.  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan media sosial untuk mendapat respons masyarakat mengenai isu muflis menerusi platform Muflis Peluang Kedua yang akan dilancar minggu depan.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, melalui ruang yang disediakan menerusi blog, Facebook dan Twitter itu, orang ramai boleh menyalurkan idea dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bankrap 1967. 

Datuk Sohaimi Shahadan juga Ketua Pemuda UMNO Bah.Selayang

 

"Selain itu, satu forum mengenai isu muflis juga akan diadakan pada Januari ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek di sini semalam.

Menurutnya, langkah itu diambil memandangkan ramai golongan muda yang muflis enggan tampil bagi mencari penyelesaian dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.