Thursday, December 6, 2012

Kantoi Khalwat, Jawatan Dilucutkan@Rosnah_ARS@umbkl@KKMPutrajaya

Sah beliau bukan lagi KP Kementerian Kesihatan

Baru-baru ini penulis ada memaparkan artike kisah seorang Ketua Pengarah(KP) Kementerian Kesihatan yang kantoi berkhalwat dengan pasangannya yang juga merupakan "isteri orang".. Pasangan KP ini juga adalah staff di bawah kementerian terbabit.

Hari ini, SPA telah mengesahkan bahawa Dr.Hasan kini BUKAN lagi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan. Jawatan Ketua Pengarah Kesihatan kini kosong selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengesahkan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu tidak lagi menyandang jawatan tersebut.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam ketika menjawab status Dr. Hasan berkata, ini berikutan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu pada 26 November lalu yang memutuskan untuk menggantung kerja Hasan berkuat kuasa 14 November lepas.

P/S:  Berfikir seribu kali sebelum membuat sesuatu perkara.  Harap menjadi pengajaran kepada semua.