Monday, December 17, 2012

Kongres DAP Terang-terang Tolak Melayu@umbkl@razlanrafii

Retorik politik semata-mata
DAP yang selama ini berusaha tampil sebagai parti pelbagi kaum menampakkan wajah cauvinis apabila tiada seorang pun daripada 8 calon Melayu terpilih dalam Pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) kelmarin. Ini jelas menunjukkan mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berdasarkan kepada bangsa. Dalam pemilihan tersebut, calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu 348 undi, Senator Ariffin S.M. Omar hanya berada di tempat ke 37 daripada 67 jumlah calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas anggota CEC daripada penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan hanya mendapat 327 undi untuk tangga yang ke 38.

Seperti yang di jangka, Dinasti Lim iaitu Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menguasai 2 kedudukan teratas bagi pemilihan 20 ahli CEC.

Hasil pemilihan ini jelaslah ahli-ahli DAP yang lain sememangnya menolak orang Melayu. Itupun masih ada orang Melayu yang tak sedar diri, kesian. Harapan, agar jangalah orang Melayu yang terkinja-kinja lagi.