Thursday, December 13, 2012

Menipu Lagi?Mangsa Terbaru Kaum India@umbkl@Hishammuddinh20@tianchua#tolakPR


YB Tian Chua yang sibuk tapi jarang sekali nampak di Parlimen Batu


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia. 



Beliau yang menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan besar’ dan bermotifkan politik berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil orang ramai yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini semalam. 


 

Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.
 

Ini sekali gus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N. Surendran; Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang mengetuai kumpulan tersebut berhimpun di hadapan ibu pejabat JPN di sini semalam berhubung isu taraf kerakyatan dan dokumen pengenalan diri kaum India.