Monday, December 3, 2012

"Si Luncai Dengan Labu-labunya....biarkan"@umbkl#Tolak PR

Impianku semakin jauh dan musnah
Semua pengundi berdaftar yang kini berjumlah 13 juta orang wajib menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatan dengannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana jelas 'mereka' ini tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Penulis berpandangan, terlalu banyak petunjuk serta petanda yang diberikan oleh Allah SWT kepada rakyat negara ini sejak lebih sedekad lalu hingga ke saat ini bagi membuktikan keredaan-Nya yang tidak pernah berpihak kepada Anwar.

Rakyat harus sedar Anwar pernah memangku jawatan Perdana Menteri selama tiga bulan ketika di dalam kerajaan dan seharusnya Ketua Pembangkang itu tiada masalah untuk menjadi Perdana Menteri tetapi itu tidak berlaku.

Allah telah memberi banyak petunjuk kepada kita berhubung dengan Anwar. Oleh itu, saya meminta bukan sahaja kepada ahli UMNO dan penyokong BN tetapi juga kepada semua 13 juta pengundi berdaftar supaya mereka terus memberi mandat kepada Najib dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mesej ini turut termasuk kepimpinan parti-parti pembangkang yang lain khususnya DAPig dan PAS kerana jelas mereka tidak akan mampu mentadbir negara dan membela nasib rakyat.
Rakyat tiada pilihan lain. Kita perlu memberi mandat kepada BN pada pilihan raya akan datang demi agama, bangsa dan negara.