Friday, February 15, 2013

Lawatan Mengejut TPM @MuhyiddinYassin beri isyarat positif dari kaum Cina @RajaNongChik #1Malaysia #TolakPR




Dalam suasana menyambut Perayaan Chinese New Year, tanpa diduga Timb.Perdana Menteri telah mengadakan satu lawatan mengejut untuk beramah mesra secara langsung dengan kaum Cina.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa kira-kira sejam melawat kawasan sekitar Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, Kuala Lumpur. 




Beliau diiringi oleh Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik sempat bersama-sama memberikan cenderahati kepada pelanggan-pelanggan restoran yang dikunjungi. 



Kehadiran pemimpin nombor 2 negara yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan nyata memeranjatkan pengunjung restoran-restoran di sini yang tidak menyangka dapat bertemu mesra dengan YAB Tan Sri. 



Pendekatan kali ini merapati kaum Tionghua menampakkan petanda positif di sini dengan kehadiran kira 200 orang golongan sasaran.

Turut bersama pada petang ini Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal dan kepimpinan UMNO & BN Wilayah Persekutuan.