Sunday, February 10, 2013

Penyerahan BR1M 2.0 Parlimen P125 Putrajaya @TengkuAdnanReal @NajibRazak #1Malaysia #BR1M




Bertempat di Audiotium Cempaka Sari, telah diadakan Majlis Penyerahan BR1M 2.0 bagi Parlimen P125 Putrajaya. Majlis yang dihadiri hampir 3,000 orang ini merupakan penyerahan BR1M untuk peringkat pertama dan difahamkan juga selepas ini akan diadakan penyerahan pada peringkat kedua.




Ahli Parlimen Putrajaya YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri hadir menyampaikan voucher kepada orang ramai. Bantuan ini merupakan antara inisiatif kerajaan Barisan Nasional buat seluruh rakyat yang layak tanpa mengira fahaman politik dan bangsa bagi meringankan bebanan serta membantu isu rumah khususnya.


Penulis juga percaya, manfaat BR1M ini turut dinikmati oleh para penyokong pembangkang yang sentiasa menyerang dan mengutuk usaha kerajaan walaupun ianya adalah suatu usaha yang baik dalam meringankan bebanan isirumah.


Apapun, buat warga Putrajaya marilah kita pertahankan Putrajaya ini dari terus 'dirompak' oleh Pakatan Pembangkang kerana mereka sememangnya mahukan Putrajaya ini.



Penulis percaya rakyat sudah bijak, mereka sudah tahu siapa yang akan mereka undi untuk PRU13 nanti. Rakyat tidak lagi percaya kepada PR yang hanya pandai menabur janji ditepi bibir.


Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional (BN) - Janji Ditepati!