Saturday, May 11, 2013

IDEAS: Gesa rakyat terima keputusan PRU13 #PRU13


Dalam laporan mereka tentang PRU13, CEO Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) Wan Saiful menggesa rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13.

Presiden CPPS Ramon Navaratnam pula berkata keputusan PRU13 sangat kredibel memandangkan tiada sebarang bukti penipuan yang ditemui.

Beliau menambah bahawa keputusan PRU13 menggambarkan kemahuan rakyat.

Isu-isu yang ditimbulkan terlalu kecil untuk mengubah keputusan PRU13.

Sebarang isu yang ditimbulkan telah diselesaikan oleh pegawai-pegawai SPR.

Secara keseluruhan, PRU13 telah berjalan dengan lancar dan saksama.

Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap kerajaan berkata bahawa pemantauan Ideas tidak menjelaskan perjalanan PRU13 secara keseluruhan.

Tuduhan bahawa BN menyemarakkan api perkauman tidak benar sama sekali memandangkan penyokong PR yang bertindak menghalang beberapa orang rakyat Malaysia yang kelihatan seperti rakyat Bangladesh untuk membuang undi.

Isu tiada kebebasan media juga tidak tepat kerana media di negara ini juga termasuk media internet yang mempunyai lebih ramai pembaca daripada media cetak arus perdana.

Sebagai contoh, pada 5 Mei 2013 MalaysiaKini telah menerima kunjungan seramai 4.3 juta pembaca, manakala gabungan pembaca dua akhbar Inggeris terbesar negara hanyalah sekitar 500,000 sahaja.

Ideas juga membangkitkan isu Undi Elektorat sedangkan ia telah diamalkan sekian lama di Malaysia dan juga negara-negara lain termasuk AS dan UK.