Tuesday, May 14, 2013

Kenapa PR tidak boleh terima keputusan PRU13? #1Malaysia


Sudah seminggu Pilihanraya Umum 13 (PRU13) telah pergi dengan meninggalkan keputusan yang di luar jangkaan ramai khususnya orang-orang Melayu.

PRU13 kali ini dilihat bagaikan satu keputusan yang amat konsisten & terbaik daripada orang Melayu yang mempercayai kepimpinan dan mengistilahkan perkara tersebut dalam bentuk undi dengan memberikan mandat penuh kepada Dato' Seri Najib Tun Razak bagi menyambung kontraknya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Namun umpama rumah telah siap tetapi pahatnya masih berbunyi dan semakin lama semakin kuat bunyinya. Alunan pekikan, himpunan jalanan HARAM dan lolongan mereka yang telah tewas pada PRU 13 yang lepas seakan-akan sudah hilang pertimbangan atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ialah MEROYAN tanpa ada titik noktah.



Tatkala Malaysia memerlukan kesepakatan, sokongan dan kerjasama antara kerajaan serta pihak Pembangkang dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara yang jauh lebih cemerlang tetapi hari ini Pembangkang masih lagi mengalun gendang ketidakpuasan hati terhadap keputusan PRU 13 yang lepas di mana secara jelas membuktikan sokongan rakyat Malaysia masih lagi memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pilihan tepat rakyat terhadap kerajaan terbaik ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pemimpin Pakatan akan untung nasib mereka pada tahun-tahun akan datang sebelum tibanya PRU 14.

Hakikat yang perlu dihadapi Anwar & The Geng Sebelum rakyat sedar akan sikap jelik pemimpin Pakatan Pembangkang, maka Anwar perlu terlebih dahulu terpaksa meyakinkan rakyat kononnya mereka merupakan pemimpin yang terbaik antara kalangan yang terbaik.

Kebimbangan pemimpin Pakatan Pembangkang hari ini semakin meruncing dan membimbangkan mereka. Sesuatu harus dilakukan bagi meyakinkan rakyat bahawa kononnya kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersekongkol untuk menyambung peranan Pakatan sebagai Pembangkang 'Rasmi' negara bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Disebabkan akan hal itulah Pembangkang secara berterusan mengadakan siri-siri perhimpunan membantah keputusan PRU 13 serta mengeji SPR dan kerajaan BN.

Tetapi sedarkah hakikat yang sebenarnya, andai pemimpin PR mengatakan PRU 13 kali ini sebagai pilihanraya tidak adil dan jahanam. Seperti dalam siri himpunan mereka kerap melaungkan kata-kata hasutan supaya rakyat membenci kerajaan BN. Sebagai pihak yang membantah, mereka sendiri perlu mengambil tindakan khas kepada diri sendiri iaitu dengan meletakkan jawatan selaku wakil rakyat sebagai tanda protes menolak proses demokrasi negara ini yang kononnya tidak adil.

Persoalannya adakah pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri berani berbuat demikian ataupun mereka hanya berharap kepada peranan dan 'kuasa' rakyat mempertaruhkan nyawa demi kepentingan jawatan serta status mereka?

Atau mereka hanya berani melalak dan melolong di depan rakyat semata-mata untuk mendapatkan perhatian & simpati sahaja?

Fikir-fikirkanlah tengok arah tuju negara Malaysia selepas 2018.