Tuesday, June 11, 2013

Anwar mahu heret orang ramai ke perhimpunan haram jaddah lagi? Apa kata Menteri WP?


Masih tidak terima kekalahan PRU13? PR tabur fitnah kononnya BN membawa masuk sebanyak 40 ribu 'Mat Bangla' dan telah berlaku blackout pada hari pengiraan undi.  Semua karut-marut ini adalah propaganda PR tetapi penulis hairan ada juga rakyat Msia tidak kira professional atau tidak turut mempercayai berita PALSU ini!

Aduhai..cubalah berfikir rasional.  Mana buktinya? Sedangkan calon PR sendiri telah menafikannya dan adalah mustahil tiada laporan dibuat tentang hal ini??  Tetapi cerita 'kelakar' yang dimainkan oleh Anwar ini pun ada juga macai2 yang mempercayainya. Entahlah labuuu...

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan penganjur perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini agar membatalkan hasrat itu kerana kawasan berkenaan bukanlah lokasi yang sesuai untuk berbuat demikian.
Menyifatkan ia terlalu terbuka dan boleh mengundang kesesakan, beliau menasihatkan agar kawasan lain dipilih jika mereka berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan.

"Pada saya, Padang Merbok terbuka dan kita tidak boleh beri kepada mereka (untuk melakukan perhimpunan). Kita ada undang-undang, bukannya tiada. Jadi, mereka perlu akur akan undang-undang itu dengan memilih tempat lain.

"Kalau nak Stadium Merdeka contohnya, cakap sahaja dengan tuan punya, begitu juga Stadium Bukit Jalil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Agensi baru2 ini.

Beliau mengulas penganjuran perhimpunan `Black 505’ oleh pembangkang pada 15 Jun ini di Padang Merbok yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.