Monday, July 29, 2013

Perlu ubah, calon kerusi Pemuda UMNO/jawatan Tertinggi UMNO bukan utk diwarisi oleh golongan tertentu @Khairykj @razlanrafii



Kebelakangan ini saya menerima banyak pesanan ringkas daripada sahabat-sahabat yang membawa perkhabaran bahawa ada individu-individu tertentu menawarkan diri menjadi pemimpin @ exco kepada sayap parti keramat UMNO.
Apapun ia suatu petanda yang sihat untuk menunjukkan betapa UMNO hari ini lebih terbuka.  Cuma saya ingin ingatkan di sini beberapa perkara yang perlu buat 'calon2' yang ingin bertanding.  Diingatkan, saya rasa ahli-ahli pemuda hari ini TIDAK MAHU pemimpin yang 'bacul' dan mengamalkan sikap 'Yes bos...'

Selain itu, suka saya ingatkan untuk menjadi pemimpin kepada sayap Pemuda UMNO hari ini memerlukan seseorang yang benar-benar berkelayakan dan berani untuk bersuara melawan dakyah Pembangkang serta tohmahan pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.  Hari ini banyak pihak yang berniat tidak baik sengaja mencari ‘pasal’ dengan kepentingan Melayu dan Islam. Tindakan biadap sesetengah pihak yang mempersoalkan hak-hak bumiputera dan dengan kurang ajar menolak Islam sebagai agama rasmi di Malaysia perlu ditangkis dan dilawan secara serius oleh Pemuda UMNO.

Sebelum siapa-siapa yang lain melangkah lebih jauh dalam dunia politik berskala besar dan mencabar hari ini, adakah anda benar-benar layak menjadi pemimpin dalam barisan exco Pemuda UMNO yang ikhlas memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.

Peringatan juga kepada perwakilan2 semua, jangan biarkan kerusi Kepimpinan Tertinggi UMNO hanya untuk golongan bangsawan sahaja..Maksudnya sebab bapak dia pernah jadi menteri, calon juga keturunan Menteri maka dia juga diundi utk jawatan tertentu..walaupun calon itu sebenarnya 'tidak perform'..