Friday, August 23, 2013

Kalimah Allah-Syukur, keputusan mahkamah memihak kepada umat Islam @putrajaya_13



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.  Keputusan Mahkamah Rayuan menolak  permohonan Gereja Roman Katolik yang mahu mengenepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan The Herald disambut dengan penuh syukur dan perasaan cukup melegakan.
Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya sebagai sokongan
Selain diiringi laungan takbir, mereka turut sama-sama menadah tangan kesyukuran supaya kalimah suci itu terus terpelihara sekaligus mempertahankan martabat Islam.

Bacaan doa itu diketuai Presiden Jati, Datuk Hasan Ali sebaik keluar daripada Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan cukup melegakan hati umat Islam.

Peguamcara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Rahim Simwan berkata, kemenangan ini bakal membawa peluang cerah untuk perbicaraan kes rayuan kerajaan pada 10 September ini.

“Kemenangan awal ini bakal memberikan kita peluang yang lebih cerah untuk rayuan sebenar pada bulan September nanti.

“Ia cukup penting bagi menjaga dan mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kepentingan Majlis Agama Islam, kedudukan raja-raja dan kelastarian undang-undang sedia ada,” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam sebuah akhbar mingguan Katolik, The Herald perlu diselesaikan.



Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’, didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada penyelesaian.

Turut hadir tanda sokongnan ialah Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

P/S:  Mana Husam Musa? dulu beriya-iya datang Putrajaya nak tawan Putrajaya, tapi isu ni hilang??