Tuesday, September 10, 2013

Anak muda luar bandar bersemangat tonton #TandaPutera @zizannin @NajibRazak @putrajaya_13


Lagi sokongan terhadap Filem Tanda Putera tidak henti-henti.  Terbaru, atas rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang sejarah tanah air, sekumpulan penduduk luar bandar yang didatangkan khas dari Sungai Besar, Selangor terdiri hampir 150 anak muda yang bersemangat telah mengambil langkah untuk menonton tayangan Filem Tanda Putera beramai-ramai pada esok 11/9/2013 (Rabu) di Midvalley pada jam 6pm. 


Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Restoran Ikan Bakar Sekinchan bagi memupuk semangat cintakan tanah air, menanam rasa patriotik di kalangan anak muda luar bandar, menyedarkan kepentingan menjaga hubungan harmoni antara kaum dan penghargaan buat tokoh negarawan terulung serta secara tidak langsung ianya adalah salah satu tanda sokongan kepada penggiat filem sejarah negara.

PUP:  Aku terharu dengan filem ini dan berasa bersemangat apabila anak2 muda luar bandar turut hadir beramai-ramai utk menyaksikan filem ini.