Monday, October 28, 2013

Coretan di PRK Sg.Limau - KP Putrajaya bersama jentera Pemuda Putrajaya @afk910 @azizanjang @amirjpm @TengkuAdnanReal

KP Putrajaya - Sdr.Tom(berkaca mata) menyediakan risalah untuk diedar.
Antara tugas besar pertama yang dipikul oleh Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya yang baru, Sdr.Ahmad Faisal Abdul Karim @ Tom bersama beberapa orang Pemuda UMNO Putrajaya yang lain turun membantu jentera BN di PRK Sg.Limau. Sebanyak 2 buah van jentera Pemuda Putrajaya turun bagi mempastikan kemenangan BN kali ini. Tahniah Pemuda Harapan Bangsa semua, Tahniah KP!!

Friday, October 18, 2013

Mengapa kehadiran @MukhrizMahathir dilihat suatu ancaman kepada pihak tertentu? @putrajaya_13



Tahukah anda? Percaya atau tidak? Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno pasti mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.

Monday, October 14, 2013

Calon 05 Naib Presiden @MukhrizMahathir wakili suara orang muda @putrajaya_13



Sudah tiba masanya muka baru dalam Umno diberikan tempat apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding merebut jawatan naib presiden Umno.
Pertandingan itu sihat, bagus untuk menonjolkan muka baru demi memperkasakan UMNO lebih-lebih lagi sekiranya calon muda yang berkaliber.

Wednesday, October 9, 2013

Kenapa @MukhrizMahathir 'stop' kempen Naib Presiden? @putrajaya_13 @NajibRazak


Dalam kesibukan Mukhriz Mahathir berkempen untuk jawatan Naib Presiden, beliau juga melihat kepentingan berkempen untuk PRK DUN Sungai Limau mengatasi keinginan serta hasratnya untuk menjadi salah seorang Naib Presiden.

Monday, October 7, 2013

Apa @MukhrizMahathir buat di sekolah pondok tu? @putrajaya_13



Golongan tok guru / pelajar pondok tidak pernah dilupakan oleh MB Kedah, Mukriz Mahathir. Beliau sentiasa menghargai sumbangan mereka dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan perjuangan Umno dan Islam sejak sebelum negara merdeka. 

Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri juga memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka menentang penjajah dan komunis. 


Wednesday, October 2, 2013

Transformasi Mukriz dalam 'meremajakan' UMNO bagi persiapan PRU14 @putrajaya_13



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Mukhriz berkata beliau membuat keputusan itu setelah menerima banyak nasihat daripada setiap lapisan kepimpinan dan setelah memikirkan jawatan yang sesuai untuk beliau dipertanggungjawabkan.