Thursday, November 28, 2013

UMNO sedia muzakarah dengan PAS, tapi biarlah ikhlas @putrajaya_13



UMNO bersifat terbuka dan sedia menyahut cadangan PAS untuk bermuzakarah atas perkara membabitkan kepentingan Islam. Tetapi bagaimana pula dengan PAS?
Muzakarah antara PAS dan UMNO itu dizahirkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar PAS di Shah Alam, baru-baru ini. 

Hadi berkata, parti itu sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha melaksanakan pentadbiran berasaskan Islam dan ia perlu dilakukan jika UMNO benar-benar ingin melaksanakan Islam.

Presiden PAS itu menjelaskan, parti itu mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam.
Bagi Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya yang mengulas cadangan PAS itu berkata, muzakarah antara dua parti itu sepatutnya sudah lama berlaku jika benar PAS ikhlas mahu bekerjasama.