Sunday, December 15, 2013

Misi Bantuan Banjir di Maran Pahang @Khairkj @azwanbro @ibdil @putrajaya_13 #banjirMaran



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Akhirnya misi bantuan banjir Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya ke Maran, Pahang berjaya jua. Rombongan yang bertolak lewat malam akhirnya tiba di Maran pagi tadi. 2 buah truck pick up "Hilux" dan sebuah van yang padat dengan muatan makanan dan beberapa keperluan harian lain hasil kutipan yang dibuat berjaya jua sampai di Parlimen Maran. Semangat juang pemuda-pemuda Putrajaya ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa-mangas banjir.