Monday, December 9, 2013

Pemuda UMNO Putrajaya Cipta Sejarah! @TengkuAdnanReal @Khairykj @azwanbro @afk910 @amirjpm @putrajaya_13



Tahniah diucapkan kepada Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya kerana telah menjadi pergerakkan yang pertama di dalam Negara ini yang terlibat di dalam Skuad COMBI (Communication for Behavioural Impact) atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku. COMBI merupakan satu pendekatan yang diperkenal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia ke arah hidup lebih sihat dan sering dikaitkan dengan pencegahan denggi.

Melalui pendekatan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Sdr. Ahmad Faisal Abdul Karim, pergerakan ini telah mengadakan kempen kesedaran bagi pencegahan wabak Denggi dan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang bahaya wabak Denggi memandangkan statistik Kementerian Kesihatan Msia (KKM) menunjukkan pada tahun 2012 (19,444 kes dan 33 jumlah kematian) telah meningkat pada tahun ini dengan 36,000 kes dan 74 kematian di seluruh Negara.

Ini penting kerana Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dilihat sebagai agen dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat, merapatkan lagi silaturrahim dan mewujudkan suasana hubungan yang harmoni bersama masyarakat serta memberi peluang untuk berkhidmat terus kepada masyarakat.

Pelancaran program ini telah dibuat pada 8/12/2013 jam 3 petang di perkarangan Fasa 4A, Presint 11 bersama penduduk di kawasan setempat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Khairuddin Samad, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya merangkap Ahli Dewan Negara. Turut hadir sama ialah Dr.Ummi Kalthom Shamsudin Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya serta Dr.Othman Warijo selaku Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya.
Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya Sdr.Ahmad Faisal menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya kerana melalui Skuad COMBI ini pelbagai aktiviti boleh dijalankan yang bukan sahaja boleh menyampaikan mesej mengenai cara hidup sihat malah boleh mengeratkan lagi silaturrahim dan memupuk kemesraan dikalangan masyarakat. Diharapkan, ia dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada badan-badan komuniti yang lain.