Tuesday, January 28, 2014

BR1M 3.0 tidak lama lagi @putrajaya_13 @Khairykj @ibdil @BN4Malaysia



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini sekali gus meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Alhamdulillah.

Dapatlah duit sikit untuk tampung perbelanjaan isi rumah. Lega apabila kerajaan Malaysia masih lagi prihatin dengan rakyat. Semoga ekonomi Malaysia akan terus berkembang kukuh dan rakyat mendapat limpahan daripadanya.

Tapi apa yang pasti nanti, puak-puak Pembangkang confirm akan berteriak macam tak pernah dapat duit BR1M. Mereka akan menyogok rakyat bahawa duit yang diterima tersebut sebenarnya hal milik rakyat dan tak perlu berterima kasih kepada kerajaan.

Mungkin juga akan kedengaran suara-suara sumbang yang menganggap usaha prihatin kerajaan ni sebagai ingin menjaga hati rakyat apabila harga minyak dan barangan keperluan yang lain naik harga.

Confirm ada juga pihak yang menabur kebencian terhadap kerajaan apabila hanya segelintir saja pihak yang menerima bantuan tersebut tetapi ada golongan yang dipinggirkan kerana mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada had yang ditetapkan.

Apa-apa pun reaksi peringkat rakyat, kita harus bersyukur at least kerajaan Malaysia masih lagi tahu membezakan antara menggunakan kuasa sebagai pemerintah zalim dan pemerintah prihatin akan masalah rakyat.

p/s: Kalau ada puak Pembangkang kata haram ambil duit BR1M tu, bak sini duit tu. Boleh saya buat donation pada orang-orang yang lebih memerlukan.