Thursday, January 16, 2014

Giat Mara di Selangor bakal alami nasib yang sama? @PPUMOnline @Khairykj @putrajaya_13


Akibat tidak tahan digasak oleh sekutu parti atau teman sebantal, akhirnya anak bangsa sendiri hampir tergadai.  Manakan tidaknya apabila difahamkan berkemungkinan semua GiatMara di Selangor akan ditutup. Semua pusat latihan GiatMara di Selangor dipercayai akan mengalami nasib yang sama seperti GiatMara Selayang Baru dan GiatMara Sabak Bernam yang diarah tutup oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada akhir tahun ini. Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri terbabit untuk menutup semua pusat latihan di bawah kelolaan Mara itu menjelang akhir tahun ini.


Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, bukan hanya pusat latihan GiatMara seperti dilaporkan media akan ditutup, bakal ada tempat lain dan berkemungkinan di seluruh negeri Selangor. Ramai kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Mereka tidak sewajarnya menganggu GiatMara memandangkan pusat latihan itu merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar miskin, terutamanya orang-orang Melayu.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan bahawa Kerajaan Negeri Selangor didakwa bertindak mengarahkan pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada Pengurus pusat latihan di bawah Mara itu yang bertarikh 2 Disember tahun lalu. Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan tersebut untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Penulis menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan. 

Sebenarnya isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana ia membabitkan pendidikan dan tindakan kerajaan negeri adalah melampau!!  Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar pusat-pusat GiatMara ini akan dapat dipertahankan demi untuk anak bangsa Melayu kita pada masa akan datang.