Thursday, January 16, 2014

@Khairykj umum penubuhan #skuadpengguna Pemuda UMNO @ppumonline @RahmanHussin @putrajaya_13


Pagi tadi YB @Khairykj Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Msia (PPUM) bersama dengan  beberapa kepimpinan pemuda yang lain telah turun padang sendiri untuk lawatan mengejut ke Pasar Borong Selayang. 




Lawatan ini dibuat oleh PPUM untuk mereka sendiri memahami tentang bekalan makanan yang dibekalkan kepada pengguna serta meninjau dan memantau kenaikan harga barangan kepentingan pengguna.


Menurut KJ, beliau akan cuba untuk mewujudkan #skuadpengguna bagi setiap negeri dan skuad ini akan diletakkan di bawah Biro Kepenggunaan Alam Sekitar Kualiti Hidup yang dipengerusikan oleh @RahmanHussin.

Penulis percaya, inisiatif yang dibuat oleh PPUM ini sedikit sebanyak dapat membantu KPDNKK dalam memantau harga barangan yang menjadi keresahan pengguna.  Syabas PPUM!!!