Thursday, March 20, 2014

Papan Sepanduk Calon BN kena sabotaj! @ibdil @PPUMOnline #PRKKajang




Nampak sangat puak-puak pembangkang semakin terdesak dalam menggerakkan kempen meraih undi di PRK N25 Kajang. Kini papan iklan calon BN dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.




Pemilihan Kak Wan sebagai calon ADUN N25 ini sekali lagi mengulangi strategi Permatang Pauh. DImana Kak Wan yang pada awalnya Ahli Parlimen kawasan terbabit bertindak mengosongkan kerusi selepas beberapa ketika pak non keluar penjara atas kesalahan salah guna kuasa dan liwat.

Jadi paham-paham sajalah, bukan strategi sahaja di recycle. Calon pembangkang, yakni Kak Wan sendiri di recycle bagi menjayakan taktik lapok. Perubahan game ini telah menimbulkan keresahan dikalangan rakan parti pembangkang yang melihat Kak Wan ini tidak mempunyai sebarang track record dalam berbakti bersama rakyat.





Perkara semakin ganas apabila tengahari semalam papan tanda calon Chew Mei Fun telah diruntuhkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Melihat kepada kelam kabut pembangkang berkempen. Tidak mustahil mereka semakin terdesak dalam mencari usaha untuk menggagalkan calon lawan dengan merosakkan bahan kempen.


GEMPAR: Hairan tak, PKR guna patung di #PRK Kajang? @ibdil @PPUMOnline @chewmeifun


Seluruh Kajang kelmarin gempar!!  Memang pelik, tapi benar...macam tak percaya tapi berlaku..

Patung apa pulak yang PKR kini pakai??? Tolong klik dan baca sampai habis..

Wednesday, March 19, 2014

Mana nak cari calon/isteri seperti Kak Wan? #PRKKajang @ibdil @PPUMOnline @shook1974



Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah, saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur!

Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.

Ternyata @chewmeifun beri masalah besar kepada calon PKR! #PRKKajang @ibdil @PPUMOnline


Tahniah, semakin hampir hari mengundi, rakyat Kajang mulai sedar dengan 'mainan perasaan' yang dicipta oleh Kak Wan..Kempen Datin Paduka Chew Mei Fun memang jelas untuk kesejahteraan rakyat Kajang khususnya.

Sebab apa?

Datin Paduka Chew Mei Fun hadir sebagai calon di PRK Kajang untuk menghambakan diri kepada rakyat Kajang..untuk berkhidmat dengan rakyat Kajang..

Tuesday, March 18, 2014

"Lu pikirlah sendiri orang Kajang ooi.." @chewmeifun @putrajaya_13 #PRKKajang




Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan 'jambatan' menghubungkan Kajang dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Pusat bagi membela nasib penduduk di Kajang ini.

Pemilihan Mei Fun bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi penduduk kerana beliau mewakili parti pentadbir di negara ini.

Monday, March 17, 2014

Biar betul 100 orang Ahli UMNO Kajang sertai PKR? #PRKKajang @Khairykj @razlanrafii @putrajaya_13 @ibdil


Akibat semakin tertekan, maka PKR baru-baru ini timbulkan spekulasi dengan memfitnah Ketua Pemuda UMNO Sungai Kantan dan 100 orang yang lain menyertai PKR.  

Saya masih ahli Umno dan tak pernah sesekali menyertai PKR,” tegas Ketua Pemuda Umno Sungai Kantan Peringkat 3, Mohd Faisal Ariffin yang mendakwa dirinya difitnah apabila diumumkan menyertai PKR di Stadium Kajang, kelmarin.

#PRKKajang: Pembangkang ni banyak cerita sedih, macam mana nak undi ni? @chewmeifun @khairykj @UMBXtr3m3


Ternyata KEMPEN pembangkang dalam PRK Kajang sudah menyimpang!! Penulis sempat 'membuangkan' masa dalam 2-3 malam untuk mendengar ceramah PR(Pakatan Rosak) di beberapa kawasan di Kajang ini.  Isu yang dijaja bukan soal nasib rakyat, tapi masalah personal.  Dalam ceramah kempennya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, lebih banyak bercerita mengenai kes mahkamah suaminya daripada memperkatakan masalah rakyat Kajang. 

Sunday, March 16, 2014

"U Tanya.. I Jawab..." @PPUMOnline @afk910 @Khairykj @PemudaWilayah13


MENGAPA MAHKAMAH MEMILIH TARIKH BICARA PADA MASA PRK KAJANG?

Jawab:  Setelah gagal 3 kali menolak TS Mohamad Shafee Abdullah, maka mereka telah mengarah DUN Kajang meletak jawatan untuk beliau bertanding sebagai persediaan mendapatkan sokongan rakyat baig menghadapi perbicaraan kes liwat beliau.

PERMINTAAN RAYUAN PENANGGUHAN KARPAL SINGH DITOLAK?

Jawab:  Sudah 67 kali kes ini bertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan.  Ada faham!

Saturday, March 15, 2014

Dua wanita bersaing, siapa lebihh berkaliber? @chewmeifun @drwanazizah #prkkajang


Panas..panas...panas....PERANG di Kajang sudah bermula. Dua wanita bersaing. Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN), ditentang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Persaingan satu lawan satu ini amat menarik dan pasti menjadi tumpuan. Menariknya kerana dua wanita yang bersaing ini mempunyai kapasiti dan personaliti tersendiri. Chew, 50, merupakan Naib Presiden MCA, manakala Wan Azizah, 61, pula Presiden PKR.


Selain menarik kerana menyaksikan pertembungan dua wanita, Kajang juga merupakan pilihan raya kecil pertama (PRK) selepas PRU-13. Sudah pasti, ia dianggap penting bagi kedua-dua BN dan PKR. Dan penentunya terletak di hujung jari 39,278 pemilih berdaftar di situ.  Penulis mengikuti perkembangan di Kajang dari semasa ke semasa. Melalui pelbagai wadah alam maya, termasuk twitter dan warga netizen selain wadah konvensional seperti media arus perdana dan televisyen.

@Khairykj: "Buang masa tampar buaya, baik main futsal" #PRKKajang @PemudaWilayah13 @razlanrafii @ibdil



Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Msia, Sdr.@Khairykj hari ini telah merasmikan Pertandingan Futsal Belia Hulu Langat dan seterusnya menyampaikan barangan sukan di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Taman Desa Sri Jenaris.
Menurut KJ adalah lebih baik bermain futsal dan mendekati belia di Kajang ini daripada melayan isu-isu yang tidak bermoral.  Aktiviti ini juga telah mendapat sambutan yang baik daripada para belia di sini dan bersyukur tiada pun belia di sini yang mahu menampar buaya...



VIDEO: Must Watch-Calon BN @chewmeifun cool! #lifestyle @PPUMOnline

)

Friday, March 14, 2014

Kejadian tahun 1987,masihkah rakyat Kajang ingat?? @chewmeifun @tunfaisal @politikikhlas #PRKKajang


Rakyat Kajang mahupun generasi muda hari ini pasti terlupa tentang satu kejadian yang berlaku sekitar tahun 1987 dahulu.  Atas bantuan rakan-rakan, maka penulis berjaya mengumpul beberapa fakta untuk dikongsi bersama. Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menyaksikan penangkapan 106 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dan pembatalkan lesen penerbitan bagi dua akhbar iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan .

Menurut kepada White Paper yang menjelaskan penangkapan yang dilakukan, pelbagai kumpulan telah memainkan isu-isu sensitif dan seterusnya mewujudkan ketegangan kaum di negara ini berkaitan dengan perlantikan lebih kurang 100 penolong kanan dan pengetua ke sekolah-sekolah vernakular Cina oleh Kementerian Pelajaran.

Sah, BUKAN mayat #MH370 @Biswardi_Hasbi @_AA@_


Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari kelmarin disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

@anwaribrahim tau dia akan ke penjara, 'paksa' adakan #PRKKajang untuk kenakan kerajaan? @beliabangkit @chewmeifun @ganpingsieu



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan secara automatik untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang ekoran hukuman penjara yang dikenakan kepadanya di atas pertuduhan meliwat.

Peguam Syahredzan Johan berkata ini adalah selaras dengan Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM2,000 , tidak boleh dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri , walaupun rayuan difailkan.

Thursday, March 13, 2014

Rakyat Kajang: Adakah mereka hargai undi anda?? @zulazry @SemutWP @MelayuStampin @chewmeifun #PRKKajang



Gendang telahpun dipalu.  Maka isyarat peperangan sudah bermula.  BARISAN Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk bertanding dalam PRK Kajang dimana MCA mewakili BN, mengetengahkan Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun.


Tidak seperti beberapa PRK sebelum ini, PRK Kajang mempunyai kelainan tersendiri. Ia diadakan untuk memenuhi agenda dan kepentingan politik, ciptaan Anwar Ibrahim.


Dan bagi mencapai kemenangan ini, kita kena susun strategi dengan tepat. Sasaran mestilah berdasarkan data yang ada. Penyokong-penyokong tegar kedua-dua parti, samada tua atau muda, lelaki atau wanita, pemuda atau puteri tidak akan berubah sokongan hanya kerana calon. Mereka mengundi kerana parti.

Kerajaan @barisanasional (BN) TIDAK pernah minta bantuan 'Bomoh VVIP'. Jangan Tertipu @Khairykj @ustazfathulbari




JANGAN salahkan Kerajaan BN dengan kehadiran 'Bomoh VVIP' ni.  Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan ‘permaidani ajaib’ untuk kononnya membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, patut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di dalam akaun Twitternya berkata upacara ritual bomoh itu memalukan.


Turut bersetuju dengan Khairy adalah Pengerusi Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.

Coretan Penamaan Calon #PRKKajang @putrajaya_13 @khairykj


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula kelmarin dengan proses penamaan calon diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. serta Setiausaha Agong UMNO DSU Tengku Adnan Tengku Mansor.

Saturday, March 1, 2014

Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain buat 'come back'. Apa cerita? #suarakita


SEBUT saja Sembilu, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan Merah pasti terbayang tiga bintang hebat era 90-an, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Ketika itu aku pun masih diambang riang remaja, kalau tidak silap masih bersekolah menengah.

Setelah 'terpisah' 21 tahun, trio yang pernah menggegar panggung itu bakal kembali mengubat kerinduan peminat dalam sebuah pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya buat julung kalinya.

Idea yang datang daripada Awie itu memberi ruang terbaik kepada ketiga-tiga penyanyi dan pelakon ini bertemu kembali di pentas.

Inilah kali pertama, gabungan tiga artis yang terpisah 21 tahun, kembali berada di atas pentas secara ‘live’.