Wednesday, May 14, 2014

Krisis MB Terengganu: Mat Said Letak Jawatan @TengkuAdnanReal



Susulan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi undian majoriti di Terengganu sekaligus memegang 24 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki lapan kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.

Semasa pembentukkan kerajaan baru di Terengganu, kerajaan pusat yang pada masa itu diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.

Kontroversi pelantikan MB Terengganu bermula selepas Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu enggan melantik semula Idris sebagai MB negeri itu. Kontroversi sama pernah terjadi di Perlis dimana pilihan Perdana Menteri pada waktu itu ditolak dan akhirnya kuasa membuat keputusan pada waktu itu diberi sepenuhnya kepada Raja Perlis.

Pada 23 Mac 2008, pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan ADUN Kijal, Ahmad Said sebagai menteri besar baru selepas pada PRU 13, Ahmad Said memenangi kerusi Kijal, sekali lagi mengalahkan Hazri Jusoh daripada PAS dengan undian majoriti sebanyak 4,204.


Pada 12 Mei 2014, Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu seterusnya memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir menjadi MB.

Ahmad Said dilaporkan keluar daripada UMNO selepas permintaannya untuk meletak jawatan selepas 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.