Thursday, May 22, 2014

Matlamat DAP dulu,kini,selamanya sama, kaedah berbeza #PRKTelukIntan @tunfaisal @dyanasmd @afk910 @PPUMOnline @amirjpm @nasrusyazwan



Apa perhitungan DAP mempertaruhkan Dyana sedangkan DAP sedar Gerakan tidak akan mempertaruhkan presidennya sekiranya mereka tiada keyakinan untuk merampas kerusi ini?

Muktahir ini, serangan perkauman pada DAP semakin menjadi-jadi. DAP tahu betapa pentingnya untuk menumpulkan serangan perkauman bertubi-tubi padanya, dan meletakkan Dyana sebagai calon di PRK Teluk Intan adalah langkah besar ke arah mencapai objektif itu.


Meletakkan Dyana menimbulkan beberapa risiko dalaman pada DAP. Ini boleh dilihat apabila Tony Pua dan bukan pemimpin daripada kalangan DAP Perak dilantik mengetuai jentera pilihan raya DAP.

Dyana juga mempunyai kelebihannya sendiri. Bukan mudah untuk menjadi setiausaha politik Kit Siang. Di dalam DAP, semua tahu orang yang dipilih Kit Siang bukan calang-calang bakatnya, malah semua berpotensi menjadi ahli politik yang cemerlang untuk menjahanamkan Bangsa Melayu dan Agama Islam seperti Teresa Kok khususnya.

Dyana adalah insuran kepada DAP kerana kalau DAP menang, DAP menang kerusi dan persepsi, dan jika DAP tewas, DAP hilang kerusi tapi menang persepsi. Persepsi yang bakal dimenangi DAP ialah kononnya DAP adalah parti pelbagai kaum dan bukan sebuah parti Cina. Strategi halus yang diguna pakai untuk meraih sokongan muda mudi Melayu khususnya.

Ingatlah wahai muda mudi bangsa Melayu..Jangan jadi seperti Dyana Sofya @dyanasmd